Tuhan Mahal sekali syurgaMu Kerna beratus batu dijejaki Berihram bertawaf bersa'i Lalu kepala digondoli Tapi yang dihitung timbangi Adalah selangkah yang ikhlas Tidak menagih balas

Tuhan Mahal sekali syurgaMu Jutaan manusia berduyun-duyun Beribadah berbondong-bondong Sedekah zakat berkepuk-kepuk Yang dicatit adalah segenggam tawaduk Seorang tua renta bersujud payah Seorang anak muda buta mengaji berbata-bata Seorang wanita berkerudung tidak sempurna Pintu syurgaMu bergegar untuk mereka