Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majlis Pusat anjur peraduan tulis cerpen

May 20, 2024 | 5:30 AM
Sayembara cerpen Tunas anjuran Majlis Pusat Singapura akan berlangsung dari 15 Mei hingga 15 Jun 2024. Ia bertujuan menggalak penulisan kreatif setempat dan menyerlahkan bakat-bakat baharu dalam dunia persuratan Melayu.
Sayembara cerpen Tunas anjuran Majlis Pusat Singapura akan berlangsung dari 15 Mei hingga 15 Jun 2024. Ia bertujuan menggalak penulisan kreatif setempat dan menyerlahkan bakat-bakat baharu dalam dunia persuratan Melayu. - Foto STOCKPHOTO

Anda minat menulis atau mahu cuba mengasah bakat penulisan?

Anda boleh menyertai sayembara cerpen ‘Tunas’ anjuran Majlis Pusat Singapura dengan kerjasama Persatuan Kemuning serta sokongan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Wisma Geylang Serai.

Sayembara itu bertujuan menggalak penulisan kreatif Singapura dan menonjolkan bakat baru dalam dunia persuratan Melayu.

Ia dijalankan dari 15 Mei hingga 15 Jun.

Cerpen yang dikemukakan mesti mendukung tema ‘Warisan’ dan dihadkan kepada 1,200 hingga 1,700 perkataan.

Pertandingan itu mempunyai dua kategori, iaitu Katagori A bagi peserta berusia 16-35 tahun dan Kategori bagi yang berumur 36 tahun dan ke atas.

Ia dibuka kepada warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura, kecuali yang pernah memenangi tiga tempat teratas dalam pertandingan Anugerah Pena Emas (Golden Point Award) dan Sayembara Mencari Kristal (anjuran Berita Harian/Berita Minggu) dan yang telah menerbitkan kumpulan cerpen sendiri, baik secara swaterbit (menerbitkan menggunakan wang sendiri) atau melalui syarikat penerbitan.

Peserta boleh menghantar lebih daripada satu karya.

Bayaran penyertaan ialah $5 bagi setiap karya.

Pemenang akan diumumkan dalam sebuah majlis sempena Pesta Buku Melayu Singapura 2024 di Wisma Geylang Serai pada 18 Ogos 2024.

Tema ‘Warisan’ sayembara ini juga selari dengan tema pesta buku tersebut, iaitu ‘Mengenang Yang Lama, Mendukung Yang Baru’.

Maklumat lanjut dan syarat penyertaan boleh diperoleh melalui majlispusatsg.org dan halaman Facebook Majlis Pusat Singapura.

Hadiah bagi setiap kategori:

• Tempat Pertama $1,000 + sijil

• Tempat Kedua $500 + sijil

• Tempat Ketiga $250 + sijil

• Dua hadiah sebutan khas $100 + sijil

• Lima hadiah sagu hati hadiah buku + sijil

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg