Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Makna Seorang Guru Itu

Sep 2, 2018 | 5:30 AM
61ebaa05-20e4-4f39-8e25-ba3ab27aa36f
-

Tatkala sudah bijak mengenal huruf kita menyusun aksara tanpa teragak-agak menjadi kata yang berkuasa lalu meletakkannya berlapis-lapis di antara satu sama lain bagi memberi makna pada keinginan yang berbeda dalam kalimat ayat berkeramat mencambahkan azimat pembicaraan akal dalam kehendak dunia nyata maka ada yang tercipta puisi gembira ada yang mencambah madah bergundah gulana ada yang menongkah rangka-rangka pandangan hidup semesta yang membawa makna pada pengertian seorang yang bergelar insan maka semuanya bermula dengan guru itu

seketika hari itu sudah pandai mengira angka mereka membilang dan menyusun nombor daripada yang ketidakhinggaan dengan mahir mendarab dengan berani membahagi dengan tekun menolak dengan yakin mencampur untuk menjadi kenyataan realiti dalam jangkauan akal dengan penuh kegigihan melukis infiniti minda dalam kreativiti lalu menyampaikan maksud pengabstrakan dan penaakulan logik dengan inovatif menarikan angka dengan simbol dalam panorama berbicara membezakan kuantiti, struktur, ruang dan perubahan yang memberi kepada makna daripada pembilangan, pengiraan, pengukuran dan pergerakan maka semuanya bermula dengan makna seorang guru itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg