Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Martabatkan pantun dalam lirik lagu Raikan Ilmu

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



CIK Hartinah Ahmad bukan calang-calang penulis kerana banyak menghasilkan buku dan lirik lagu, termasuk lagu Datuk Ramli Sarip, kumpulan Sweet Charity, Lefthanded dan ramai lagi.



Sempena kempen Raikan Ilmu oleh Yayasan Mendaki, Cik Hartinah mencipta pula lirik lagu 'Sama Raikan' yang digandingkan bersama penyanyi persada muzik Melayu Nadi Singapura dan Datuk Ramli Sarip.



Lagu yang digubah oleh Pengarah Artistik Nadi Singapura Riduan Zalani dengan susunan bersama Alhafiz Jamat itu mendapat pujian ramai kerana penggunaan seni kata pantun dan melodi rancak sehingga mencecah jumlah tontonan sebanyak 16,000 di YouTube@yayasanmendaki.



Bagi berkongsi pengalaman, Cik Hartinah menceritakan bagaimana beliau menghasilkan lirik lagu tersebut dalam Sembang Seni: Raikan Ilmu yang bersiaran langsung dari Facebook Ombak Scripthouse Production bersama moderator, Cik Zee Ahmad.



Cik Hartinah berkata beliau sangat berterima kasih kepada Encik Riduan kerana memberinya peluang bekerjasama.



"Pada September 2020, saya 'dilamar' oleh Encik Riduan untuk menulis lirik lagu bagi projek Yayasan Mendaki. Setelah berbincang, saya dapati beliau memilih melodi yang perlu diselari dengan lirik bergaya pantun. Jadi, ia satu cabaran buat diri saya.



"Risau juga kalau beliau malu untuk menyatakan pandangan, jika ada yang tidak berkenan di hati. Oleh itu, saya meletakkan syarat agar beliau menegur sebarang kesalahan pada lirik yang bakal dicipta untuk kebaikan bersama," kata Cik Hartinah.



Beliau melahirkan rasa syukur dan terharu kerana masih ada anak muda yang menggemari pantun pada zaman ini.



"Saya sendiri sudah lama tinggalkan pantun. Bagaimanapun, saya kembali merujuk bahan pantun dan mengkaji semula betapa halusnya penggunaan pantun.



"Banyak orang tua zaman dulu menggunakan pantun untuk menegur anak-anak dengan memilih perlambangan sesuai.



"Jadi, ia bukanlah kerja senang untuk mewujudkan pembayang dan maksud yang bertepatan. Malah, lirik ini telah melalui beberapa tapisan sebelum dipersetujui," kata Cik Hartinah.



Sehubungan itu, Encik Riduan meminta untuk dimuatkan suara remaja yang bersahaja dalam lagu ini.



Suara tersebut melambangkan kemurnian kanak-kanak yang ingin belajar tentang perlunya ilmu kehidupan daripada seorang datuk, kata Cik Hartinah.



"Apabila lirik ini digabungkan dengan pandangan orang berpengalaman dalam muzik, ia berjaya membentuk projek yang baik. Alhamdulillah, saya gembira kerana berjaya meletakkan pantun dalam nyanyian tersebut.



"Mudah-mudahan, sumbangan kecil ini dapat melestarikan penggunaan pantun dan memberi inspirasi kepada pertubuhan lain untuk mengangkat martabat pantun.



"Berdasarkan figura seni ini, setiap butiran lirik yang dihasilkan perlu mempunyai makna dan bemanfaat untuk difahami oleh para pendengar," kata beliau.



Cik Hartinah, yang juga pemenang tempat pertama bagi Anugerah Pena Emas (GPA) 2019 dalam genre puisi Melayu, berkata:



"Setiap lirik harus ada 'jiwa' untuk memikat hati masyarakat yang mendengar. Contohnya, mungkin ada ramai yang tidak faham tentang rangkap lagu ini yang menyatakan 'ilmu sedikit jika berhikmah, garam selaut menjadi tawar'.



"Untuk menerangkan maksud tersebut, kita sememangnya tahu laut itu bersifat masin. Tetapi, rasa air laut itu boleh diubah menjadi tawar (proses penyulingan), jika kita memiliki ilmu untuk menawarkan rasa tersebut. Tuntasnya, dengan ilmu, kita dapat mengubah sesuatu yang mustahil kepada sebuah kenyataan," ujarnya.



Menurut Cik Hartinah, ada sesetengah pihak yang memintanya menurunkan laras bahasa supaya lebih senang difahami kanak-kanak sekolah.



"Ada kala kita perlu bertolak ansur dan mendengar pendapat orang lain. Tetapi ada juga waktu kita perlu pertahankan idea dengan memberi penerangan kepada pihak tertentu.



"Pokoknya, biarlah kanak-kanak tidak faham supaya mereka rajin bertanya tentang apa yang tidak difahami.



"Sasaran kita juga bukan sahaja kanak-kanak sekolah, malah semua peringkat termasuk para guru dan ibu bapa. Dengan izin Allah, jika kita menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh, kita pasti akan memperolehi sesuatu yang bernilai kelak," ujar beliau lagi.




"Setiap lirik harus ada 'jiwa' untuk memikat hati masyarakat yang mendengar. Contohnya, mungkin ada ramai yang tidak faham tentang rangkap lagu ini yang menyatakan 'ilmu sedikit jika berhikmah, garam selaut menjadi tawar'. Untuk menerangkan maksud tersebut, kita sememangnya tahu laut itu bersifat masin. Tetapi, rasa air laut itu boleh diubah menjadi tawar (proses penyulingan), jika kita memiliki ilmu untuk menawarkan rasa tersebut. Tuntasnya, dengan ilmu, kita dapat mengubah sesuatu yang mustahil kepada sebuah kenyataan."
- Cik Hartinah Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >