Awan berduka Menyibak rinai hujan Angin menyergah

Titis hujan dari renyai makin melebat, menimpa tanah. Tangan ku rapatkan ke dada mengusir dingin. Suasana hingar dengan pelajar yang berebutan hendak pulang dan kenderaan keluar masuk di perkarangan sekolah menjadi hiburan buatku. Aku menapak tenang melabuh punggung.