Ketika berdayung sampan muhasabah mengharungi sungai suasana berarus deras renungilah siangmu yang gelap diterangi godaan yang lahap menjadikan kau penat kerana disuntik harapan yang melarat; renungilah malammu yang terang digelapkan nafsu yang terlarang menjadikan kau tenat.
Renungilah siang dan malammu yang terbebat dalam perjalanan dari rusuh hati ke insaf peribadi menyusuli sungai penilaian dan pemikiran berulit pendirian pembaikan diri.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg