SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mungkin

Premium

Mungkin

Sep 15, 2019 | 5:30 AM

Mungkin

-

Mungkin... bahtera batu mahkota menara daun terup diragut dicabut dari pusara semadinya di bawah gelombang samudera dan ditiup nyawa dan roh kedua ke dalam nadinya sebagai simbol kapal harta di puncak kekayaan mitos buat anak-anak pulau melupakan daratan juga si ibu tua berbekalkan pisang salai sebelum diragut ribut dan dibantai badai

Mungkin... si raksasa bersisik di tebing sungai bersejarah yang muntahnya mengalir hingga ke muara hanya cuba menyucikan peristiwa berdarah supaya anak-anak pulau kembali bersuara sebagai dongeng kekuatan semata-mata yang dianugerahkan kepada rakyat jelata agar celik kembali gemilang maruah bangsa menolak ceritera bahawa merekalah mangsa

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg