SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mungkin realiti hanya sebuah mimpi

Premium

Mungkin realiti hanya sebuah mimpi

Aug 7, 2017 | 5:30 AM

Mungkin realiti hanya sebuah mimpi

-

Mungkin realiti hanya sebuah mimpi Bila perjuangan tak diimpikan Tika kebenaran dicurigakan Dan iman terus diremehkan Mungkin realiti hanya sebuah mimpi Saat fikiran penuh andaian Tatkala amanah diperlekehkan Tambah janji yang tak dikotakan

Mungkin realiti hanya sebuah mimpi Waktu hati penuh keraguan Dihimpit soalan tanpa jawapan Walhal diri penuh kepalsuan Mungkin realiti hanya sebuah mimpi Dengan mata penuh kedengkian Berpadankan lidah disalut cacian Kerana jiwa masih kekosongan Mungkin realiti hanya sebuah mimpi Tatkala nafsu mengawal badan Dan niat itu tak dibetulkan Akhirnya binasa satu impian

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg