Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Nama saya ORANG UTAN (II)

Nov 25, 2018 | 5:30 AM
- Foto hiasan
- Foto hiasan -

MASIHKAH anda ingat kisah saya yang ditahan agak lama dahulu di Daerah Maju Jaya ini? Saya ditahan kerana semata-mata nama saya, di mana saya tetap tegas menekankan ketika itu nama saya Orang Utan. Saya mengeja hurufnya satu-satu, perlahan-lahan - 'O-r-a-n-g U-t-a-n. Tidak mahu mereka keliru dengan nama 'Orang Hutan'. Meskipun berbeza, namanya lebih kurang sama sebutannnya. Apa-apa pun yang dieja dengan betul, mereka tetap mentertawakan saya. Penuh sinis. Seolah-olah mengejek saya. Ingat tak?

Ya, saya percaya anda masih ingat. Bagaimana mereka yang menahan saya tidak kurang marah-marah dan menjengkelkan hati. Seolah-olah juga saya yang mempersendakan mereka pula. Tetapi sedikit pun saya tidak terkilan. Sebaliknya saya bangga. Bangga mempunyai nama Orang Utan. Nama yang telah diberikan oleh bapa saya, Orang Minyak tiga puluh enam tahun yang lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg