Topik diikuti
Pergi ke BHkuIlmu batin
Premium
Ilmu batin
Ilmu batin
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
May 15, 2017 | 5:30 AM
BUKAN rahsia lagi! Maafkan aku Sang Guru. Akhirnya, kisah ini kupecahkan daripada kepungan kenangan. Ya, kisah benar yang sukar dipercayai!
Saat itu... tiada yang lain; sekadar berselimutkan ketakutan dan ketidakyakinan. Bergema bunyi kentung berkejar-kejaran susul-menyusul dari hujung jalan ke hujung kampung. Bunyinya bagai tarian kentung yang tidak seindah kentung masjid di mana-mana jua pun. Seruan kentung seruan perang. Seruan untuk anak bangsa bersiap siaga dalam pertempuran bermandi darah.
