Norlin lancar buku dwibahasa kelima 'Ally at the Library'
Premium
Norlin lancar buku dwibahasa kelima 'Ally at the Library'
Dec 21, 2020 | 5:30 AM
HARAP DAPAT TAMBAH SUMBER: Dengan pelancaran buku barunya, Cik Norlin (gambar atas) berharap dapat menambah sumber yang sedia ada di pasaran untuk terus mendorong generasi muda lebih berminat dengan bahasa ibunda mereka. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -
MENERUSKAN usahanya mendekati generasi muda dan berkongsi keindahan bahasa Melayu, Cik Norlin Samat baru-baru ini melancarkan buku dwibahasa kelimanya bertajuk Ally at the Library (Ally di Perpustakaan).
Sejak pelancaran siri buku pengembaraan Ally, Cik Norlin berkata beliau telah memerhatikan peningkatan dalam permintaan terhadap sumber pembelajaran bahasa Melayu.

