Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Novel kanak-kanak renung kehidupan dalam dunia serba mudah

Mesej utama ‘Bukan Mimpi’ ialah setiap pengalaman sukar bentuk keperibadian seseorang 
Mar 3, 2025 | 5:30 AM
Penulis novel, ‘Bukan Mimpi’, Amanah Mustafi, menekan peri penting melalui cabaran sukar dalam hidup bagi memastikan nilai kemanusiaan diterapkan dalam masyarakat, terutama golongan muda.
Penulis novel, ‘Bukan Mimpi’, Amanah Mustafi, menekan peri penting melalui cabaran sukar dalam hidup bagi memastikan nilai kemanusiaan diterapkan dalam masyarakat, terutama golongan muda. - Foto BH oleh KHAIRUL AKMAL ALI

Pengalaman, jatuh bangun dan detik mencabar dalam kehidupan membentuk keperibadian seseorang.

Novel, Bukan Mimpi, oleh Amanah Mustafi mengajak pembaca merenung semula bagaimana nilai kemanusiaan, empati, dan kasih sayang dapat dipupuk melalui pengalaman kanak-kanak.

Bukan Mimpi bukan sekadar memaparkan peristiwa sejarah kita, ia cuba mengajak pembaca membuat refleksi diri, dengan menilai sejauh manakah kita boleh belajar daripada peristiwa itu,” kongsi penulis berusia 66 tahun itu.

“Pengajaran yang diraih dapat membentuk sikap dan peribadi yang baik bagi melakar masa depan yang lebih baik,” tambah beliau.

Karya Amanah bukan sekadar cerita rekaan, malah refleksi tentang kehidupan anak-anak generasi kini, yang dibesarkan dalam kesenangan tanpa perlu berusaha. 

Mesej utama yang cuba disampaikan melalui kisah ini adalah pentingnya pengalaman dalam hidup, yang memberikan pengajaran dan membentuk karakter seseorang. 

Amanah menggunakan perwatakan Rudi untuk mengingatkan kita bahawa tanpa pengalaman yang membentuk diri, seseorang mungkin tidak akan berkembang menjadi individu dengan empati dan baik hati.

Buku ini bukan hanya hasil karya cereka, bahkan muncul daripada keresahan penulis terhadap perubahan sikap dalam kalangan generasi muda yang dibesarkan dengan kesenangan yang datang tanpa usaha.

“Saya pernah nampak satu insiden di mana seorang anak yang berusia 12 tahun melawan cakap dengan ibunya tanpa memikirkan perasaan si ibu

“Saya resah kerana si anak yang masih mentah dan belum mampu berdikari, sudah tega menolak nasihat ibu,”

“Bagaimana sikapnya kelak apabila dia dewasa nanti?” soal penulis.

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam dunia penyiaran, Amanah melihat isu itu sebagai satu cabaran dalam mendidik anak-anak agar memahami nilai kehidupan yang sebenar. 

Beliau melihat bahawa ibu bapa yang terlalu melindungi anak-anak mereka dengan memberi kesenangan yang tiada batasannya mungkin tidak menyedari pengalaman kehidupan adalah guru terbaik untuk membentuk peribadi yang matang.

“Melalui pengalaman, kita pelajari akan kekuatan, kelemahan dan nilai hidup. Pada hakikatnya, pengalaman yang baik atau buruk itu adalah penting untuk mendidik jiwa dan hati seorang anak,” ujar Amanah.

Beliau berharap agar pembaca dapat merenung kisah Rudi dan melihat bagaimana perubahan positif dalam diri seseorang boleh berlaku hanya apabila mereka berdepan dengan kesulitan dan ujian hidup. 

Amanah menjelaskan bahawa menulis buku seperti itu memerlukan kajian mendalam, termasuk membaca pelbagai karya cereka dan mencari fakta sejarah yang tepat. 

Walaupun beliau menghadapi cabaran dalam mengimbangi masa untuk menulis bersama dengan kehidupan peribadi dan tugasnya, beliau tetap tekun menyelesaikan karya itu dengan harapan ia dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada pembaca.

“Saya ingin menulis sesuatu yang bukan hanya menarik, bahkan juga memberi kesan mendalam kepada pembaca,” kata beliau. 

Namun, beliau mengakui dalam konteks masyarakat Singapura yang lebih homogen, terdapat cabaran untuk mencipta karya yang benar-benar dapat mencabar kreativiti penulis. 

Walau bagaimanapun, Amanah melihat batasan itu sebagai peluang untuk menjadi lebih kreatif dalam menggali tema-tema relevan.

“Saya berharap pembaca dapat melihat jauh ke dalam apa yang saya cuba sampaikan.

“Buku ini bukan hanya sekadar cerita sejarah, malah satu undangan untuk kita semua merenung diri dan memperbaiki peribadi demi masa depan yang lebih baik,” katanya.

Mereka yang berminat boleh membeli buku ini melalui pautan, https://ungupen.com/shop/bukan-mimpi/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg