Topik diikuti
Pergi ke BHkuNyanyi burung
(i)
Sampai ke saat ini, masih jelas terbayangbayang di ruang mata saya akan seekor burung. Burung itu bagaikan menyanyi dengan penuh syahdu, mengelus kalbu. Sambil menyanyikan kata-kata mulus, ada air jernih gugur daripada kedua-dua belah matanya, kelihatan seperti bunga-bunga kecil yang mekar. Bunga-bunga itu mengapung semacam keharuman. Wangian daripada bunga-bunga itu seperti menghadiahi saya semacam peringatan. Peringatan untuk dikongsi bersama mereka yang lalai. Kelalaian yang tidak boleh diteruskan dimakan anai-anai waktu.
