Kita memandang orang lain asing kerana tidak mengenalinya orang asing memandang kita asing kerana tidak biasa di matanya maka masing-masing jadi orang asing orang asing yang menjala keluarbiasaan terjebak dalam ruang dan waktu yang terbebat kaku.

Orang asing adalah kita dan mereka yang dalam diam tapi tidak pernah diam sering bising di mata riuh kata-kata yang melata.