Topic followed successfully
Go to BHkuOrang Yang Terpelajar
Premium
Orang Yang Terpelajar
Aug 20, 2017 | 5:30 AM
Orang Yang Terpelajar

-
Aku hanya bersarjana muda Bangkit aku, turun ke dunia Mulaku celik lalu buta kerana kerjaya. D dirapatkan dengan U-I-T Ilmu dunia setinggi langit Menebal poket diisi duit. Aku yang bersarjana muda Makin keliru tidak bermaya Masih mentah di mata dunia. W dirapatkan dengan A-N-G Penat lelah tiada terasa Kerana manusia termakan paparan harta. Yang masih tidak cukup memanjangkan Usia senja Masih tidak kenyang Ibu bapa yang bernyawa Masih tidak tutup Mulut yang dimamah budaya. Antara masa dan harta Pahala dan neraka Keturunan dan logika... Aku yang bersarjana muda Telan hempedu lalu termuntah Akhirnya terdiam berulam dilema.
YASMIN HUSSEIN

