"Pakai dahulu bayar kemudian" Sukanya ibu terlihat iklan Dalam akhbar Berita Harian Di tengah-tengah satu laporan Tentang Melayu berhutang-hutangan
"Tuah anda siapa yang tahu?" Sanggup belanja beribu-ribu Walaupun nasib belumlah tentu Tidak diendah diri tak mampu Terus berjudi cara yang baru.
"Keemasan, ketulenan gaya" Bangsaku termakan tipu dan daya Asalkan dapat memasang muka Topeng dipakai dihias kaya Bila dibuka ternyata papa.
Celiklah teman biarlah terang Janganlah akal sanggup dibuang Mengejar nafsu hendak temberang Tangan memberat indah bergelang Namun berhutang keliling pinggang.
HALIMUN NUSA (ANNAS MAHMUD)


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg