Ketika Nadim bersuara menyeru mengapa berkubukan betis melulu menteri berseru budak keliru harus diburu raja tak berfikir lalu segera bersetuju
sejarah songsang ini terus tersingkap kini ketika si oposisi bersuara membaiki negeri dituduh diserkup pengiring menteri yang berbudi usirlah fikiran jitu yang bisa merubah istana negeri cerdik pandai yang mati fikir terus berselindung diri


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg