Buah betik buah pedada, Buah diikat dengan tali, Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.

Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman.