Indah melata bunga cempaka, Didatangi si rama-rama; 9 Ogos Singapura merdeka, Sekali lagi kita menyambut bersama.

Berliku jalan penuh kesukaran, Meniti kejayaan bersama rakan; Prinsip keadilan terus ditegakkan, Lagu kebangsaan bersama dinyanyikan.