Mereka dilahirkan sebagai pelarian
Mereka membesar dalam pelarian
Mereka hidup dikelilingi suasana pelarian
Mereka diheret ke sana sini dalam pelarian
Berlari dan terus berlari.
Setiap detik zaman remaja mereka dihiasi dengan pelarian
Ibu bapa mereka hidup dengan ketakutan
Setiap masa mereka sentiasa bersiap sedia untuk berlari
Dan mereka juga terpaksa ikut berlari
Mengikut ayunan kaki ke mana akan dituju
Berlari dan terus berlari.