Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Pelawak

Dec 23, 2018 | 05:30 AM

(Dedikasi untuk Mahadi Shor (Obe Didi) dan pelawak Singapura)

Dari zaman Aman Belon hingga ke Obe Didi

Dari tetuang udara bak Ibrahim Din dan Ismail Bontak

Dari hitam putih filem dan tivi digital berwarna warni

Dari mana datang dan perginya pelawak Singapura

Dari lubuk mana mereka wujud terkabus terkambus

Dari tapak mana mereka melangkah pergi meminggir

Dari hati ke hati mereka kah kepedulian tak terdacing

Dari kesan cendekiawan kah penyedaran terguris-guris

Dari kelibat-kelibat kuno mereka kah konon terhakis kini

Dari apa kita alpa mereka setanggi pelawak kota singa

Dari tangan siapa mereka hirup kopi dan makan roti

Dari Allah kah nak tuding rencana hidup mati mereka

Dari hari-hari berlalu pelawak Singapura galak gelak

Dari zaman sejuk ke panas yang berapi dalam sekam

Dari gusi-gusi yang tidak kering lihat mereka bertagak

Dari hilai ketawa yang bertukar wajah rindu bayangan

Dari telinga kanan yang tembus ke telinga kiri dewasa ini

Dari bukan pelawak yang bernafsu-nafsi melawak-lawak

Dari tangan-tangan merajalela tak tertangan pelawak

Dari lubuk jantung ke lubuk jantung mengocak hilai ria

Dari ketawa berderai hingga tertawa-tawa berair mata

Dari jiwa raga insan pelawak yang masih mahu bernafas

Dari manakah lagi ada mata syahdu telinga bergendrang

Dari arca insan mentuhankah tergolek limpah kesedaran

Dari suara-suara bisu dan sepikah kan terbadai tawa lagi

Dari kesyukuran setiap denyut nadi lahir nilai dan erti

Dari jati diri itu tiada pengemisan menadah tangan rayuan

Dari tadah tangan pelawak hanya keutuhan maruah diri

Dari jiwa pelawak ke pelawak mengihsan keredaan Ilahi

Dari itu, dari ini, dari apa dari mengapa, pelawak kita siapa

Dari Sinar Lebaran, Gema Aidilfitri, pesta raya, dari...

Dari kemboja pusara ke anggerik menara Obe dah Aman

Dari Obe Didi ke Aman Belon dari mana dari siapa nanti

Dari kotak kaca ruang tamu pelawak Singapura tersenyum

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >