Pelepah Yang di atas muda Segar hijau bertenaga Berayun-ayun liat ligat menentang angin kencang Kukuh tegap tak mungkin tersungkur kecundang Tegak segak megah Tersenyum sinis menoleh ke bawah Pelepah Yang di bawah terkulai terkelepai Layu, kering tewas dek hembusan bayu Luruh tanpa sentuhan Gugur menyembah bumi Pelepah atas menghela nafas lega Lumrahlah bisiknya.... Nan layu, kering menanti saat Menghitung hari menunggu waktu Namun.... pelepah atas mungkin alpa Jemari insan tak kenal ihsan Cuaca, gempa, ribut taufan meragut kemudaan Bukankah terungkai peribahasa ? Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan ketawa Pelepah bawah siap siaga Menanti detik seolah lama Pelepah atas patah mengejut Tewas Terkejut !
HAJRA


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg