Sistem pintar baca, buku latihan dan kursus bagi pelajar asah bahasa Melayu
Premium
Sistem pintar baca, buku latihan dan kursus bagi pelajar asah bahasa Melayu
Selaras dengan wawasan membangunkan bahasa Melayu, Akar Education memperkenalkan sistem pembelajaran bahasa Melayu yang lebih efektif dan sistematik. Menurut Pengurus Akar Education, Dr Mohammad Nizam Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Dr Zam, 43 tahun, Akar Education memanfaatkan platform digitalnya sebagai medium penyediaan bahan pembelajaran yang sesuai dengan inovasi semasa.
May 23, 2022 | 5:30 AM
Pintar membaca dan pintar bahasa
Baru-baru ini, Akar Education memperkenalkan sistem Pintar Membaca dan PintarBahasa.com untuk memperhebatkan penguasaan bahasa Melayu para pelajar.

