Premium
Pengalaman hebat Rilla di Korea S
Sep 4, 2017 | 5:30 AM

SESI BERCERITA: Cik Rilla Melati diberi peluang mengadakan sesi bercerita menggunakan buku hasil tulisannya sendiri bersama kanak-kanak di dalam bas buku bergambar Paeraengikkokot di Muzium Sastera Pak Kyongni. - Foto ihsan RILLA MELATI -
SEDANG ramai umat Islam menyambut Ramadan dan Hari Raya yang lalu di samping keluarga, lain pula kisahnya dengan pengacara televisyen dan pengarang buku kanak-kanak, Cik Rilla Melati.
Beliau menginap di Wongju, Korea Selatan, sejak dua minggu terakhir Ramadan dan berada di sana sehingga 1 September ini sebagai sebahagian daripada program kediaman yang ditawarkan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Yayasan Budaya Toji.

