PARA penggiat puisi yang merupakan penyokong kuat acara 'Gig Puisi' telah mengambil langkah proaktif dengan menebarkan sayap usaha memasyarakatkan seni puisi ini di seberang Tambak dengan menganjurkan Santai@Damansara.
Kini, acara 'Gig Puisi' anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) diadakan sekitar empat kali setahun serata negara termasuk bangunan Perpustakaan Negara serta Perpustakaan Daerah Jurong dan Woodlands.