Kepalaku pening Berpusing-pusing Ligat bak putaran gasing Melihat insan sekeliling Berebut-berebut merebut tempat Tanpa menoleh yang terinjak dan diinjak Beriri-iri memburu kerusi Memacak tempat bertapak Lama bertapak enggan berganjak Di mana-mana jua banyak PHD Jeda seketika muhasabah diri Yang dikejar kan ditinggal pergi Lakuan buruk kenangan abadi Benakku benar-benar pusing Ligat bak putaran kipas siling Melihat lakonan insan sekeliling Terkejar-kejar, terlari-lari Menyelit-nyelit melepas diri Seolah hidup hanya hari ini Tanpa prihatin kanan dan kiri Pentingkan kepuasan sendiri Inikah etika indah peribadi ???
HAJRA


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg