Perkukuh jalinan pemerintah, sektor kerja bak ‘terung bertunang ikan kering’
Premium
Perkukuh jalinan pemerintah, sektor kerja bak ‘terung bertunang ikan kering’
Dec 10, 2023 | 5:30 AM
FAEDAH BERSATU HATI: Apabila pekerja, majikan dan pemerintah bekerjasama, Singapura laksana ‘batang manau, seribu kali embat haram tak putus’, iaitu sangat kuat dan teguh. - Foto fail
Sebelum merdeka sehingga tahun-tahun awal kemerdekaan Singapura, hubungan perindustrian negara ini buruk. Mogok pekerja dan pergolakan dalam hubungan pekerja dan syarikat, atau majikan, merupakan perkara biasa waktu itu.
Kucar-kacir pada masa tersebut bertambah buruk apabila kesatuan sekerja digunakan oleh unsur komunis dan pensimpatinya yang menggunakan pekerja untuk mencapai agenda politik mereka.
Laporan berkaitan
Harapkan Israel, Palestin ‘berhampar lapik, berlicin daun’ Nov 20, 2023 | 3:46 PM
Hasil usaha atlet S’pura dalam peribahasaOct 16, 2023 | 1:38 PM

