Premium
Perlu iltizam lestari bahasa Melayu
Baru-baru ini, Berita Harian berpeluang mewawancara Pemangku Ketua Kumpulan Bahasa dan Budaya Asia Institut Pendidikan Nasional-Universiti Teknologi Nanyang (NIE-NTU), Profesor Madya Hadijah Rahmat, sempena Bulan Bahasa 2016 yang akan dilancarkan September ini. Antara lain, Dr Hadijah mengongsi keprihatinannya terhadap kecenderungan masyarakat menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu yang bercampur aduk. Laporan di bawah pula mengupas kumpulan puisi kedua Dr Hadijah berjudul 'Kurnia Alam'.
May 9, 2016 | 5:30 AM
GUNA BAHASA MELAYU BAIK: Dr Hadijah Rahmat, yang ditemui di pejabatnya di NTU baru-baru ini, menekankan peri pentingnya ibu bapa memainkan peranan memupuk penggunaan bahasa Melayu yang baik di rumah. - Foto TUKIMAN WARJI -
KECENDERUNGAN sesetengah anggota masyarakat mencampur adukkan bahasa Inggeris dan Melayu yang bersifat santai ketika berbual merupakan trend yang agak membimbangkan, kata Profesor Madya Hadijah Rahmat.
Dalam wawancara bersama Berita Harian baru-baru ini, Pemangku Ketua Kumpulan Bahasa dan Budaya Asia Institut Pendidikan Nasional-Universiti Teknologi Nanyang (NIE-NTU) itu berkata penggunaan bahasa campur aduk dan santai itu kian berleluasa sehingga ke tahap rasmi sekalipun.

