Pernahkah kita warga dunia bertanya mengapa mereka bagaikan terus terkunci diri dalam kamar sunyi teraba-raba dalam ruang gelap-gelita lentera dimatikan dengan sengaja bukannya terputus bekalan tenaga melangkah keluar menjenuhkan sahaja kerana kehilangan kunci entah ke mana letaknya dan ada orang-orang di luar sana tak akan mudah dan tidak mahu mengerti bahasa sepi yang mengusik hati jeritan tidak lagi diendahkan rintihan semakin tebal warna kesayuan.

Dengarlah tangisan mereka: "Di sini di daerah yang terkucil ini ada wang boleh hidup sehari lagi bau wang lebih harum daripada segala bauan di mayapada boleh melarikan diri ke mana-mana daerah asing yang mulus menghulurkan salam mesra dan tahu hitamnya warna sebuah kekejaman yang harus dipadamkan bukan memadamkan lentera hidup kami yang terpaksa membaca dengan iringan air mata bab-bab wanita dan anak-anak kecil yang tidak berdosa sebuah buku cerita bangsa yang tersepit dan tercela."

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti