Pembebasan karbon tidak terlarat Pencemaran sukar disekat Pelbagai usaha sudah dibuat Kehangatan bumi semakin meningkat Banjir ribut kenaikan paras laut sudah berisyarat Petanda keadaan bumi tidak selamat
Tiada sesiapa mengharapkan Keburukan berlaku kerana kecuaian Binatang, manusia juga tumbuh-tumbuhan Hidup dalam ancaman Musnah daratan dan isi lautan Tidak dapat dimaafkan
Sedarlah wahai manusia Kemampuan membaiki jangan disia-sia Bumi lautan dan udara Tanggungjawab kita untuk menjaga Untuk generasi kita seterusnya Kesejahteraan lautan hutan dan udara mesti dipelihara
Marilah kita berikrar diri Janganlah bumi dicemari Membuang sampah sembarangan jangan diamali Pelepasan karbon mesti dibasmi Semua tumbuhan mesti dijaga dan disuburi Udara bersih mesti dikekali Kepanasan bumi mesti dikawali Menyelamatkan bumi yang kita kasihi Tanggungjawab semua yang hakiki
AMAN SAMAT


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg