Bawah pohon liputan bayang tidak terlintas dalam fikiran bahawa dirinya sudah berada antara rumput tompokan tanah puntung rokok kertas reput daun kering ranting patah warna bulu umpama sampah mainan redup silap mata
Perang berangan kopiah kepala langit dijunjung melihat mendung tebing muka putih kekabu tumpahan wajah mencurah lesu tampalan hitam tenggorok telinga daya tarikan hampa menawan badan belakang pola coklat mudah dilupa payah diingat putih kecoklatan dada depan melonjak terbang membuat kejutan


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg