dunia ini sebuah puisi misteri adakala madah indah berpaut pada pohon dihiasi dedaunan dan beburung yang menyapa menanti untuk dipetik dan disaji ranum melalui tinta ketulusan di atas cinta nan suci;
adakala madah itu berbuih di langit menunggang di pundak awan melihat bumi yang tenat dinodai tangan-tangan manusia belum sempat dicoret pada warkah kecil ia belayar meninggalkan sepi;


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg