Rentak Budaya galak anak muda tahu, hargai budaya Melayu
Premium
Rentak Budaya galak anak muda tahu, hargai budaya Melayu
Satukan mahasiswa universiti, pelajar politeknik dan ITE
May 22, 2023 | 5:30 AM
DALAM usaha menggalak anak muda Melayu mengetahui dan menghargai budaya dan bahasa mereka, sekumpulan mahasiswa dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) bakal menganjurkan acara dua hari yang dipenuhi persembahan serta kegiatan sampingan.
Rentak Budaya merupakan acara dwitahunan anjuran Persatuan Bahasa Melayu (Perbayu) NTU yang menyatukan mahasiswa beberapa universiti serta pelajar politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) setempat.

