KEINGINAN seseorang untuk menjadi terkenal, disukai ramai dan memiliki kuasa pengaruh yang kuat bermula dengan kemahiran bercakap-cakap dan berbual-bual dengan orang lain.

Namun begitu setiap percakapan ataupun waktu bercakap yang banyak bukan jaminan pembuka jalan kejayaan. Ini hanyalah tanggapan yang salah bahawa bercakap-cakap disamakan dengan proses berkomunikasi.