Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Rindu Di Hujung Sekam

May 20, 2018 | 5:30 AM
Foto hiasan
Foto hiasan -

ENAM bulan telah berlalu. Mak Minah masih mengenangkan anak sulungnya, Arman. Tali gantung merentap segala kebahagiaan. Sehingga kini, Mak Minah masih menyalahkan dirinya kerana tidak mendidik Arman dengan sempurna. Kemiskinan mengelabui naluri seorang ibu. Mak Minah akur yang dia lebih mendiamkan diri daripada menasihati. Kalaulah dia berkeras dari dahulu lagi, sudah tentu Arman tidak terjebak dalam kegiatan mengedar dadah. Sakit menimpa sesal terlambat.

Sejahat mana Arman di mata masyarakat, Mak Minah tetap yakin bahawa Arman anak yang baik. Dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Ketiadaan Arman di rumah, tidak bermakna Arman lupa akan tanggungjawabnya. Dia tetap meluangkan masa menemani ibunya setiap kali ibunya harus membuat pemeriksaan doktor. Dia jugalah yang memastikan ibunya mengambil ubat secara rutin. Segala keperluan keluarganya mencukupi. Kos pembelajaran adiknya juga ditanggung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg