Topic followed successfully
Go to BHkuRiwayat Sang Kelekatu
Riwayat Sang Kelekatu
Riwayat Sang Kelekatu

Mungkin tiada ramai yang tahu beban sang serangga dipanggil kelekatu sejenis anai-anai dianugerahi sayap tersemat semangat membara dengan matlamat akan masa depan generasi dipikul di atas bahu mencari habitat demi membina koloni baru, namun bukan itu satu keistimewaan pada serangga peminat lampu bercahaya terang hingga sikap sang kelekatu dijadikan panduan agar kita mengambilnya sebagai teladan. tatkala keluar dari sarang di waktu senja selepas hujan yang turun reda namun dicari hanya satu kebinasaan bersama-sama segerombolan angkatan maka dihampiri lampu bercahaya terang matlamat awal sudah dilupa kerana jiwa sudah tergoda lalu menghantuk-hantukkan kepala seperti tiada arah untuk dituju walaupun sedar di sekeliling sudah banyak rakan bergelimpangan jatuh ke lantai satu demi satu kerana kepanasan lampu tiada mampu diterima namun sang kelekatu itu tetap tegar menghantukkan badan dan kepala ke arah lampu yang membakar dan keras. Bermula satu demi satu sayap tercabut dari badan lalu gugur di permukaan lantai namun ada yang masih terselamat tapi itu tiada lama ada yang dipijak dan ada yang dimakan serangga lain dan akhirnya itulah riwayat ringkas sang kelekatu beban tanggungjawab dipikul di atas bahu namun tarikan lampu bercahaya terang kuasai nafsu akhirnya terkubur impian diri binasa.
YAZID HUSSEIN

