Rumah ini adalah rumahmu rumah adik-beradik yang lain juga rumahku kerana pemilik asalnya orang tua kita yang sama yang banyak menabur bakti dan jasa pastinya rumah ini pusaka kita bersama.

Usah kita bertengkar kerana warna cat dindingnya bukan kegemaranmu usah kita bercakaran kerana lampu yang terpasang di silingnya bukan pilihan adik-beradik yang lain usah kita bertelagah kerana jubin lantainya bukan kesukaanku.