meskipun tidak berjemur di padang keringat tidak merembes bahang, tujuh dan lima kali takbir tanpa ribuan jemaah sahut berulang, fajar ini ayuh tampil maju memenuhi ruang keinsanan; bentangkan sejadah keinsafan di permukaan kudus bumi-Nya; sarungkan sukma suci raksi fitrah luhur; hembuskan nafas kesyukuran menjulang kalimah kebesaran, biarpun tiada arahan pegawai: "Harap dapat bangun maju ke hadapan rapatkan saf DAN beri peluang kepada jemaah yang tiba lewat." (agar dilenyapkan keakuan)
MUHAMMAD HUSIN MASNIN
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg