wajah nirmala 50 jemaah menanti hari penuh barakah sekian lama mimbar sepi tetapi sukma tidak sesekali mati laungan hayya 'alassolah bukan bererti kita ini gagah laungan hayya 'alalfalah menginsafi diri nan lemah "Tiada daya dan upaya kecuali kekuatan Allah" manusia terus berbalah dunia terus bernoda mafsadah sedangkan khatib sering mengingatkan: "Ittaqullah" "Bertakwalah kepada Allah" tetapi manusia tidak ambil endah. Gigitlah dengan gerahammu Al-Quran dan As-Sunnah agar menuju husnul khatimah solat jumaat pun diakhiri dengan salam Assalamualaikum wa rahmatullah jemaah berada satu meter di sebelah.
MUHAMMAD HUSIN MASNIN.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg