Sabahat-sahabatku kamukah yang bersama sejak kecil memberi erti masa silam, berguling atas pasir, panjat pokok-pokok rambutan ceri, jambu dan mempelam, bergelumang dalam lumpur dan debu ketawa derai tak tentu senyum tawa bersatu, bermain masak-masak tembak-tembak mencari kutu-kutu, berahsia akan cacing yang menjadi perkara tak asing.
Sahabat-sahabatku kamukah yang sama ke tadika langsung ke sekolah rendah menuju ke menengah lalu memburu menara gading, atau terpisah jarak jauh tak seiring dan kini bertanya khabar lewat FB, Twitter atau IG mungkin.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg