angin dingin pagi telah lama pergi kau masih meniti urutan dari lakar cakaran kain putihmu masih belum merakam bicara kau tatap tembok sepi mengelus gerak hati tengkujuk malam tadi masih belum melerai elegi
sedang kau mencalit warna riang ria memalit rindu rasa cerahnya sinar hati hujan yang masih merusuh angin yang ganas merempuh mencairi wajah ciptamu segalanya bercelaru
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg