Di tapak jalan berturap ini hanyir bayu biar sesekali membawa aroma sungai bersama debu kenangan tulang-belulang sejarah dari harum pasir kuburan tertinta pesona hikayat tulisan pahit getir ceritera kehidupan.
Di lembaran waktu itu ada gurindam sendu bersemayam mendendangkan lagu kerinduan legenda misteri pohon beringin menyirat selembar riwayat bertulah keramat Siti Mariam kelibat Tok Putih dan Tok Hitam merakam coretan warisan silam.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg