Diikatnya tali budaya pada setunas mata kecil menguliti sebawang tubuh mungil berpaksi benang pengalaman melangkah dia bagai perwira melewati ketaksuban deria mengiringi tertib langkahnya
Dihelanya nafas seruang pada bulatan gelanggang beradu sembari mengibas sayap tangan segenap isian mata batin memangkah silang gerak lawan berolang-aleng lenggok timbangan satu persatu uri bergulingan


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg