Bergemeresik nota indah laungan bintang-gemintang, awan-gemawan, angin-bayu, gunung-ganang, sungai-sungai & lautan, mergastua, pepohonan, juga para insan merangkul tibamu Muharam.

Berjuta rahsia sarat terisi bagasimu silih-bertindih anugerah-ujian bakal menyapa minda-minda & hati-hati yang tabah.

Sejarah & iktibar yang disusun-Nya dihimpun kemas dalam dadamu perih pedihnya laluan nabi-nabi Adam, Idris, Ibrahim, Yusuf, Nuh, Ya'akub, Yunus, Ayub, Musa, Daud pertama turunnya rahmat & hujan juga Jibril tercipta.

Hijrah kekasih-Nya adalah hikmah penanda mula satu kebesaran pengingat sejati para insan kekerdilan diri itu nyata biar secanggih mana kehidupan dicipta.

WAN JUMAIAH MOHD JUBRI