Gigi dinding berpagar getap Tiada jalan keluar Kawat dawai lingkari atap Jerut tekak berantai asap Ragut leher terus direntap Masih terjerat di dalam sangkar
Jeriji besi berpalang konkrit Tiada kemerdekaan Dalam istana terus menghimpit Meronta ganas tetap tercepit Rahang nganga terkatup sempit Masih dibelenggu kepalsuan


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg