Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Sejadah kecil

Dec 11, 2022 | 05:30 AM



terlalu lama

penderitaan ini bertali

brutal dan parah

tidak menemui cahaya



sudah sekian lama

kuhamparkan doa dan kesedihan

kebrutalan biadab

keparahan tidak beradab

diangkat sebagai adab!



seperti sudah terputus

mukjizat para nabi

keramat para wali

di bumi penuh kemuliaan



anak-anak dan orang tua

masih belum terkabul doa

masih belum usai penderitaan

meratapi kehilangan

hak dan kebebasan

menangisi kemusnahan

sejarah dan peradaban

cekal dan tekal

demi hak dan perjuangan



sejadah itu terus celaru

meratapi rahasia

yang belum terusai!



ASMIN




Apa Lagi Yang Ditunggu



Mumaiyiz sudah

baligh sudah

dewasa sudah

jadi kakak dan abang sudah

jadi ibu atau bapa sudah

nenek datuk pun sudah

bermenantu sudah

cucu pun bersepah

apa lagi yang ditunggu?



mahasabah atau periksalah selalu

bacaan dalam solat fardu

masihkah yang dahulu

surah al-Kautsar dan Ikhlas melulu

bilakan berubah dan bertambah?

bilakah akan istiqamah?

bertahajud, duha qabliah dan ba'diah?

apa lagi yang ditunggu?



puasa usah dihad yang wajib sahaja

keseronokan di dunia bakal sirna

bilakah akan bertambah puasa Isnin Khamis,

hari putih puasa Enam,

Nabi Daud as atau Arafah?

yakinlah puasa dapat mengekang nafsu dan menutup keduniaan

apa lagi yang ditunggu?



ROHANI DIN




Melayu Itu Sama



Melayu itu sama

di sini di sana

Melayu itu sama

dulu, kini dan selamanya.



Gaduh sesama sendiri

dalam suara terus tinggi

cacinya entah apa

lupa dirinya papa

harta terus sekangkang kera.



Sampai dinihari

gendangnya bertalu tiada henti

menyorak warisan basi

Nadim kaucampak ke laut

otaknya bikin hatimu kecut.



Melayu itu sama

di sini di sana

Melayu itu sama

dulu, kini dan selamanya.



MAAROF SALLEH




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >