Kenalkah engkau akan paluh kobakan yang menampung air bertakung selepas hujan atau kita lebih arif tentang lubang-lubang air walaupun pengumpulannya sedikit bertahan selagi mampu namun budinya seluas samudera yang terbentang nun saujana mata
lopak itu tiadanya kotor mahupun lempuk yang bernajis sehingga jijik dipandang sepi kerana baunya tiada enak menikam dalam hakikatnya genangan itu suatu kehidupan sebuah palung yang berjasa menjadi nadi penyambung satu kesinambungan yang berpanjangan
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg