Sekolong rumah pangsa bumbungnya simen rata adalah rumah kita lantainya bukan lagi milik warga satu bangsa memijak antara kita walau tidak sengaja itulah hamparan realiti tilam hidup di bumi sendiri
Cuma seruas tanah keras kontang gersang hilang maya apa lagi yang kita punya dalam lif pernafasan selesa sesak berhimpitan berkongsi lorong perjalanan menyendat gerabak impian terlupa sapaan dan senyuman walau bukan budaya amalan nenek moyang suatu ketika dahulu


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg