Premium
Selagi Tekad Kencang Berdegup
Sep 30, 2018 | 5:30 AM

-
Selagi tekad kencang berdegup jalan cita-cita sentiasa hidup bijak mata hati melihat segala harapan yang tersirat isi cinta yang tersurat tidak terbebat.
Selagi tekad kencang berdegup masa depan tidak redup cita-cita dan cinta terbuhul kukuh berpadu teguh mengusir segala keruh tidak sesekali mengizinkan cabaran bersarang di rumah kalbu tanpa menawan.

