Sembang Seni: Di sebalik tabir penciptaan lagu 'Joget Kota Singa'
Pengguna Berdaftar
Sembang Seni: Di sebalik tabir penciptaan lagu 'Joget Kota Singa'
Jan 23, 2022 | 6:40 PM
BERSEMBANG SENI: Usaha Cik Syafiqah 'Adha (gambar kanan) dalam menghasilkan lagu Joget Kota Singa bersama penulis lirik, Cik Hartinah Ahmad (gambar kanan sekali, atas), mendapat pujian Encik Samsudin Said (gambar kanan sekali, tengah) dan Cik Rilla Melati (gambar kanan sekali, bawah). - Foto ENCIK ISMAIL ABU BAKAR -
DALAM usaha mengetengahkan keistimewaan lagu Joget Kota Singa, empat orang karyawan Singapura telah berganding bahu mengadakan sebuah acara sembang seni secara dalam talian.
Penulis, Cik Rilla Melati selaku moderator; Cik Hartinah Ahmad juga seorang penulis; Cik Syafiqah Adha seorang komposer dan penulis Encik Samsudin Said telah bersama-sama membuat perkongsian menerusi Facebook Live@Gendang Akustika yang berlangsung baru-baru ini.

